? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??18 Grabs Today. 5372 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Cobalt Flowers? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??16 Grabs Today. 4912 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Miss Daisy? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (7 Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, May 1, 2009

HARI INI

salam ukhuwwah..
Hari ini saya cuma berada di rumah mempacking barang, mencuci, mengemas harta-harta saya dan sebagainya...agak lucu juga kerana saya memulakan proses mencuci sejak pagi sampai ke petang..ada-ada sahaja benda yg saya nak basuh dan cuci..nasiblah ada pembantu segera iaitu si mesin basuh..kalo tidak tak de la saya serajin itu dalam sehari nak mencuci 3 4 kali..hahaha~~sampaikan si Fairuz housemate saya berkata" kak N ni , selagi sabun cuci tu tak habis selagi tu lah dia mencuci"..heheh~~memang betul!!~~ seronok pula rasanya mencuci hari ini..

Hari ini juga saya menyambung pembacaan saya..baca apa??baca buku motivasi...tajuknya Langit Ilahi..tapi saya belum dapat menghabiskan pembacaan saya..rasa tak seronok nak baca sekali sahaja...saya nak ulang baca buku tersebut berkali-kali..kalu boleh nak ingat setiap perkataannya...hihi~~~tingginya angan-angan saya...

Hari ini juga saya berjumpa adek saya..dia memulangkan buku saya dan saya memberinya sebuah buku motivasi tulisan Dr HM Tuah Iskandar..semoga adek saya beroleh manfaat daripada buku tersebut..insya Allah jumpa lagi nnt dek..doakan k.N.:)
Hari ini juga merupakan hari terakhir saya berada di KL..saya nak ke mana pula lepas ni??sebenarnya ESOK saya akan bertolak ke Kelantan untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai guru pelatih..harapnya setiap langkah saya mendapat redha Allah..doakan saya..:)
Saya pasti akan rindukan kawan-kawan serumah saya terutama Fairuz yang amat rapat dengan saya..rindukan kawan-kawan saya yg lain (neaj,riah,ejum,payau,shanty,ita,etc )...rindukan adek saya..rindukan segala-galanya...hihi~~macam-macam punya rindu lah pula...
Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi...

Thursday, April 30, 2009

LANGIT ILAHI

Salam ukhuwwah...

Hari ini hari kedua saya meronda-ronda jalan TAR dan bertanya-tanya adakah saya mempunyai rezeki utk memiliki buku motivasi ini kerana hari sebelumnya saya diberitahu oleh pekerja di Pustaka Mukmin bahawa buku tersebut belum ada di pasaran..Alhamdulillah..ALLAH memudahkan pencarian saya kali ini..saya kembali ke pustaka Mukmin hari ini dan mencari buku motivasi Langit Ilahi..ternyata pada hari ini saya sudah dapat memiliki buku tersebut dgn harga yg sangat berpatutan..syukur kerana berjaya memiliki buku ini dan seharusnya saya bersyukur kpd ALLAH kerana menggerakkan hati saya utk memiliki buku ini..
Saya sebenarnya memang menggemari buku-buku motivasi cuma saya agak memilih buku dan bentuk motivasi yg macamana saya perlukan sebagai harta dan bacaan saya..saya akui tertarik juga membaca buku motivasi jiwa2+cintan cintun..tapi hati saya tidak begitu tertarik untuk memilikinya..sekadar meminjam drp kawan2 sbg bhn bacaan sampingan...hihi~~mungkin satu hari nnt saya akan memerlukannya juga. Cuma sekarang saya lebih berminat utk memiliki buku-buku motivasi yg boleh mendidik jiwa dan hati saya serta boleh memberi pengajaran dan pengalaman baru kpd saya..apapun wasilah yg saya guna untuk memotivasi'n diri saya, saya ttp perlu kembali kpd ALLAH kerana hanya DIAlah sebenarnya motivator yg TERBAIK utk saya dan kita semua..
Hmm..saya belum boleh mengulas lanjut tentang buku Langit Ilahi ini sebab saya memerlukan masa untuk menghabiskan pembacaan saya..apa yg boleh saya nyatakan pada peringkat awal adalah tentang fikrah penulisnya yg matang..karya ini menerapkan nilai-nilai Islami dalam mendidik jiwa kita sebagai HAMBA selaras dgn moto Langit Ilahi iaitu MARI MENJADI HAMBA..
Saya berharap karya ini dapat memberi manfaat kepada diri saya khususnya dan masyarakat amnya..:)
# luv 2 read...

Tuesday, April 28, 2009

SOAL HATI


Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.

Rasa senang apabila ia dipuji.

Rasa menderita apabila di keji.

Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.

Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.

Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.

Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.

Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.

Rasa dendam apabila orang menganiayainya.

Simpati dengan orang susah.

Rasa keluh kesah apabila dapat susah.

Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.

Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.

Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia.
Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.
Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'laa: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang

1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

Monday, April 27, 2009

SINARILAH KIBLATKU

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan..Sinarilah kiblatku
Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar
Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan..Sinari lah kiblat ku
Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Sunday, April 19, 2009

GARIS PANDUAN LATIHAN MENGAJAR..

Tujuan Latihan Mengajar
- memeberi peluang kpd guru pelatih untuk mendapat pengalaman mempraktikkan apa yg dipelajari dlm kursus-kursus pendidikan dlm situasi bilik darjah dan sekolah yg sebenar. dgn itu guru dpt menghayati prinsip dan proses pendidikan yg lebih mendalam.
- secara khusus, tujuan latihan mengajar adalah utk mempolehkan guru pelatih:
* mengaplikasikan teori dan prinsip pengajaran
* mengembangkan kecekapan merancang dan menjalankan kegiatan bilik darjah
* mewujudkan hbgn guru-murid yg wjar dan memahami proses pembelajaran murid
* mengasah kemahiran untuk menilai dan memajukan pembelajaran murid
* menilai keberkesanan pengajaran sendiri
* mengembang gaya pengajaran sendiri yg berkesan
* memupuk keyakinan diri
* menghayati peranan sbg guru
* menaksir kesesuaian diri untuk menceburi profesion perguruan.
PESANAN UTK SEMUA DAN DIRI INI:
## NIAT LILLAHI TAALA
## JGN LUPA RESTU IBUBAPA
## JGN LUPA BACA DAN APLIKASIKAN APA YG TERTULIS DLM BUKU GARIS PANDUAN LATIHAN MENGAJAR YG DIBEKALKAN
## JGN LUPA SENTIASA BAWA BUKU REKOD PENGAJARAN DAN BUKU CATATAN
## JGN LUPA BALUT BUKU REKOD PENGAJARAN:)
## JGN LUPA BUAT RPH, RPM,RPT
## JGN LUPA YG KITA PERLU ADA HSP...:)

Sunday, April 12, 2009

HADAPI DGN SENYUMAN..

hadapi dengan senyuman
semua yg terjadi biar terjadi
hadapi dgn tenang jiwa
semua kan baik-baik saja..
bila ketetapan Tuhan..
sudah ditetapkan tetaplah sudah..
tak ada yang bisa merubah..
dan takkan bisa berubah..
relakan lah saja ini..
bahawa semua yg terbaik..
terbaik untuk kita semua..
menyerahlah untuk tenang..
salam ukhwah..
entah mcmana saya hendak memulakan penulisan kali ini..sebak,sedih segalanya bersatu dalam hati saya ini..saya cuma berharap saya terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi segala bentuk ujian yg datang dalam hidup saya..amiin..
~~RESET UR MIND N!!~~

Wednesday, April 8, 2009

LATIHAN MENGAJAR





SEJARAH AWAL

Bermula pada bulan Januari 1973 sehingga tahun 1978 sekolah ini menumpang di Sek. Men. Dato Mahmud Paduka Raja, Sek. Ren. Keb, Sri Suria (1) dan Sek. Keb. Tanah Merah. Pembelajaran dijalankan pada waktu petang sahaja. Pengetuanya yang pertama ialah Encik Makhzan bin Yusof(1973 hingga 1974)

Dalam bulan Januari 1979, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Jalan Ismail Petra, Tanah Merah iaitu kira-kira 3 km dari bandar Tanah Merah. Walaupun bangunan ini belum siap sepenuhnya dan peralatannya masih belum lengkap, tetapi atas inisiatif pengetuanya pada masa itu, Allahyarham Encik Abdullah b. Ibrahim, perpindahan tetap dilakukan.

Sekolah ini dirasmikan pada 27hb. April 1980 oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan kelantan. Pengetua pada waktu itu ialah Encik Aziz bin Said. Mulai tahun 1993, sekolah ini digredkan ke dalam gred A.

Bermula dengan tiga blok bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan sebuah bengkel, bangunan sekolah ini terus ditambah dari masa ke semasa mengikut pertambahan murid yang disalurkan ke sekolah ini dari sekolah-sekolah salurannya. Bermula tahun 1992, seluruh kawasan sekolah telah diserikan dengan pembinaan taman-taman dan penanaman pokok-pokok bunga, terutama di sepanjang bangunan-bangunan sekolah yang telah diusahakan oleh seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Kecantikan sekolah telah menambah minat murid untuk berada lebih lama di sekolah dan suasana aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah selesa.

ASAL-USUL NAMA SEKOLAH
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Tanah Merah. Nama ini dipilih bersempena nama tempat di mana sekolah ini didirikan iaitu di daerah Tanah Merah. salah seorang pengasas yang mula-mula mengasaskan sekolah ini ialah Allahyarham Hj. Ab. Rahman bin Said iaitu bekad Penolong Kanan sekolah ini (1975 hingga 1982)

Pada tahun 1994, nama Sekolah Menengah Tanah Merah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tanah Merah (1) selepas penubuhan sebuah lagi sekolah bersebelahan dengannya iaitu Sekolah Menengah Tanah Merah (2). Pada tahun 1998, nama sekolah ini sekali lagi ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1). Pertukaran nama tersebut adalah di atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

VISI SMKTM(1)

"KECEMERLANGAN DAN HASIL KERJA BERKUALITI MATLAMAT KAMI"

MISI SMKTM(1)

1) Guru mengajar, murid belajar dan terdidik.
2) Pemastian proses dan hasil kerja berkualiti.
3) Kejujuran dan dedikasi asas inspirasi.
4) Refleksi dan muhasabah pendorong inovasi.
5) Organisasi ini adalah amanah dan milik kami.

salam ukhwah..

NANTIKAN KEHADIRAN KAMI...SUKEEEEENYAAAA...:)