? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??18 Grabs Today. 5372 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Cobalt Flowers? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??16 Grabs Today. 4912 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Miss Daisy? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (7 Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, March 31, 2009

TERIMA KASIH PENILAI..

salam ukhwah..
rasanya tidak terlambat untuk saya merakamkan ucapan terima kasih kepada dua orang rakan sekelas iaitu saiful abrar dan osman fikri yang menilai pengajaran saya dan neaj semalam...segala penilaian yang anda berdua buat kami hargai dan kami ambil secara positif..terima kasih daun keladi..:)buat ustaz azhar yang juga mengulas dan memberi komen tentang pengajaran saya dan neaj terima kasih di atas segala komen ustaz..segala penambahbaikkan yang diberi akan diserap sebaiknya..'ala kulli hal jayyid-komen ustaz...terima kasih ustaz!!

PENGALAMAN:MIKROTEACHING B.ARAB

berpasangan dengan neaj semasa mikroteaching..
salam ukhwah..

Semalam merupakan pengalaman pertama saya menjalankan pengajaran mikro dalam bahasa arab..Hanya Allah saja yg tahu bagaimana perasaan saya pada masa itu..walaupun pada zahirnya saya nampak tenang tapi dalam hati dan benak saya macam2 difikirkan..apatah lagi saya berada dalam keadaan tidak sihat (demam+selesema+batuk)..namun saya redah juga segala ketidak selesaan pada waktu itu..mikroteaching dimulakan dengan kumpulan pertama..wah!!agak mantap persembahan mereka..alat bantu mengajar yang berwarna-warni dan sudah semestinya dapat menarik perhatian 'murid2' nakal di kelas saya itu..ditambah lagi kepetahan dan kefasihan salah seorang ustazah dr kumpulan tersebut..huh~~..selepas setengah jam persembahan kumpulan tersebut tibalah giliran kumpulan saya..
semasa menyelenggara OHP di hadapan kelas saya dapati plug tidak berfungsi..'macamana ni??tiada plan B..' ujar saya tenang kepada neaj..semua plug dihadapan kelas tidak berfungsi..nasiblah saya tidak cepat kalut..akhirnya saya t'jumpa juga plug yang agak terselindung di bahagian tepi kelas..alhamdulillah..saya memulakan kelas dengan bertanya khabar pelajar, mengarahkan murid membaca doa dan seterusnya saya beralih kepada set induksi..semasa set induksi saya mengarahkan murid menyusun kalimah-kalimah arab yang saya bawa kepada jumlah mufidah..kemudian saya menyuruh mereka membaca apa yang telah mereka susunkan tadi..slps itu saya katakan kpd pljr apa yg mereka baca adalah tajuk pelajaran pada hari itu..tergelak besar murid2 saya dengan kenyataan saya itu..mereka mengandaikan saya akan mengajar tajuk jumlah mufidah..sebenarnya saya pun rasa lucu..tp itulah inisiatif saya agar murid saya dapat meneka tajuk pembelajaran pada hari itu..simple dan terus terarah kepada tajuk..selepas itu saya meneruskan pengajaran saya sehingga selesai..alhamdulillah..akhirnya saya berjaya juga menghabiskan tugasan tersebut..
# SUKA MENGAJAR BAHASA ARAB..:)

Wednesday, March 18, 2009

LAA TAHZAN..

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur..Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur..Diberi arah tukku teruskan
Pernah kulihat mereka..Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang atau harta benda..
Pancaroba bencana juga malapetaka..Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan..Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia..
Barangkali esok semua berubah..
Janganlah kita melupakanNya..Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya..Ketika langit mendung tak bercahaya..


#Hanya DIA sahaja yg mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..selepas kesulitan pasti ada kesenangan..LAA TAHZAN..:)

Tuesday, March 17, 2009

PERCUBAAN PERTAMA..

salam ukhwah...
testing..1..2..3..
alhamdulillah berjaya juga diri ini mencuba-cuba untuk bergelar blogger walaupun masih tak se advanced kengkawan blogger lain..percubaan menjadi blogger ni sebenarnya banyak dipengaruhi oleh seorang pakcik yg bersegi-segi..papun thanks ye pcik segi-segi..:)maaf saya mention pcik d sini...ampun!!hihi~~mudah-mudahan dgn adanya blog ini saya boleh berkongsi pendapat,pengalaman ataupun cerita dgn kengkawan lain..